Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Da’i Syed Bernasib Malang, Mungkin Kalau Dia Balas Cinta, Tiada Laporan Rogol...

    ‘Da’i Syed Bernasib Malang, Mungkin Kalau Dia Balas Cinta, Tiada Laporan Rogol Dibuat Kepada Polis’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang aktivis yang juga merupakan peguam, Asiah Abd Jalil merasakan Da’i Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    ‘Kes rogol dan kes zina harus dibezakan’

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, Asiah mengakui terdapat dua perkara yang mengganggu fikirannya berhubung kes melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

    Kes rogol dan kes zina harus dibezakan. Sekiranya “mangsa” ialah seorang wanita dewasa yang rela, ia bukan kes rogol.’

    Apatah lagi jika fakta kes menunjukkan laporan polis mengenai rogol, hanya dibuat setahun selepas kejadian, itu pun setelah si lelaki menolak cinta si wanita.

    Menurut beliau, adalah satu kesalahan bawah undang-undang jenayah sivil jika menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki yang berzina (suka sama suka).

    Sebaliknya, hukuman di bawah undang-undang jenayah syariah perlu dilaksanakan terhadap kedua-dua pihak iaitu lelaki dan perempuan yang terlibat.

    Zina bukan rogol. Tidak adil hanya lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati kepada wanita.

    Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa setiap tertuduh yang dituduh dalam mana-mana kes jenayah berhak mendapat 3 kali peringkat mahkamah iaitu mahkamah bicara, mahkamah rayuan dan mahkamah rayuan kedua.

    Penangguhan pelaksanaan hukuman setelah peringkat pertama mahkamah, sepatutnya diberikan kepada pesalah. Tidak kiralah apa pun circumstances nya.

    Pesalah masih ada ruang untuk dua peringkat mahkamah rayuan lagi. Mahkamah bicara tidak sewajarnya memutuskan dari awal, bahawa rayuan kelak pasti tidak akan berjaya.

    Bagaimana jika rayuan nanti berjaya? Siapa nak kembalikan kebebasan pesalah yang telah hilang, sepanjang dia menjalani hukuman sebelum rayuannya didengar?

    ‘Saya rasa Da’i Syed memang bernasib malang’

    Sementara itu, Asiah berpendapat bahawa kejadian yang berlaku terhadap Da’i Syed berkemungkinan terjadi kerana pendakwah itu tidak membalas cinta mangsa.

    Saya rasa Dai Syed memang bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah. Mungkin kalaulah dia membalas cinta, tiadalah laporan rogol dibuat kepada polis.

    Hari ini Dai Syed kena. Esok lusa bila ada ahli keluarga atau kenalan anda menerima nasib yang sama, waktu itu mungkin anda akan persoalkan, adakah sistem keadilan jenayah kita benar-benar adil?’

    Untuk makluman, dalam kes Dai Syed, hakim bicara yang memutuskan tiada prima facie di akhir kes pendakwaan, ialah Hakim yang lain. (Dai Syed pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan.)

    Hakim rayuan yang memutuskan ada prima facie di akhir kes pendakwaan, ialah Hakim yang lain. (Kes dikembalikan ke mahkamah bicara untuk sambung peringkat pembelaan.)

    Hakim bicara yang memutuskan Dai Syed bersalah di akhir kes pembelaan, ialah Hakim yang lain. (Dai Syed didapati bersalah dan dihukum penjara 10 tahun serta 3 sebatan.)

    Beliau berkata, perbicaraan dalam kes rogol tidak seharusnya melibatkan pertukaran hakim demi mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap tertuduh.

    Pada pendapat saya, Hakim yang telah melihat sendiri demeanour “mangsa” semasa memberi keterangan di mahkamah, beliaulah yang paling tepat menilai, adakah rogol benar-benar berlaku kepada “mangsa”.

    Sebab itulah demi keadilan, dalam perbicaraan kes rogol, jangan tukar Hakim. Hakim yang sama sepatutnya mendengar kes dari awal hingga akhir.

    Saya merasakan Dai Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil. Semoga ada sinar untuknya di peringkat rayuan kelak.

    ALSO READ:  Ainul Aishah & Suami Bakal Timang Anak Perempuan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts