Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDai Syed Kongsi Momen Dengan Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Dah Dibebaskan Ke?..”

    Dai Syed Kongsi Momen Dengan Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Dah Dibebaskan Ke?..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini pendakwah selebriti, Dai Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial baru-baru ini.

    Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik beberapa foto yang memaparkan dia bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail di dalam sebuah kenderaan berserta kapsyen yang menyatakan dia sedang cuba menjadi Baba yang terbaik untuk bayi perempuannya itu.

    “Sedang cuba jadi Baba terbaik.”-kapsyen Dai Syed di Instagram

    “Dah Dibebaskan Ke?..”

    Perkongsian Dai Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ramai yang mempersoalkan bagaimana Dai Syed boleh bebas di luar sedangkan seharusnya menjalani hukuman penjara atas pertuduhan merogol.

    “Tak ada yang boleh ganti tempat baba Fatma.”-Hana Ismail

    “Nak tunjuk tunjuk je la haih.”

    “Dah lepas ke?.”

    “Boleh eh bagi award best dad ever dekat diri sendiri?.”

    “Dah dibebaskan ke?.”

    “Bila masuk balik?.”

    View this post on Instagram

    A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

    Pada 30 Ogos lalu, Dai Syed telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atad satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.

    Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun ketika itu di bilik sebuah kondominium I-City, Seksyen 7, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

    Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts