Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDa’i Syed Menangis Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kerana Merogol, Sempat...

    Da’i Syed Menangis Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kerana Merogol, Sempat Peluk Isteri Berpantang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Dipenjara 10 Tahun

    Memetik laporan Harian Metro, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh selepas mendengar keputusan Hakim Norazlin Othman.

    Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail, 38, yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak 16 hari lalu. Difahamkan, hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini (30 Ogos).

    Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

    Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

    Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

    Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,258FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts