Isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail selamat melahirkan anak sulung mereka pada jam 2.06 petang, Rabu.
Alhamdulillah
Khabar gembira itu dikongsikan Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menerusi hantaran di Instagram.
Alhamdulillah isteri saya Hana selamat melahirkan anak kami pada pukul 2.06 petang. Terima kasih yang mendoakan.
Dalam kesempatan itu, Syed turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menemani isteri semasa proses kelahiran.
Melihat sendiri dengan mata. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak pengsan.
Terima kasih buat isteriku. Wanita hebat, melahirkan zuriatku. Kuat semangat, tak banyak kerenah. Sabar dengan segala kesakitan.
Menerusi perkongsian lain, Syed memberitahu bahawa dia sudah memotong rambutnya selepas bergelar bapa.
Selamat menjadi baba, bye rambut.
Terdahulu, Syed mendedahkan Hana sudah berbadan dua pada 1 Syawal lalu meskipun kehamilan isterinya sudah pun dihidu peminat sejak Julai tahun lalu.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.