Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentDa’i Syed Tarik Balik Rayuan Bela Diri Pertuduhan Kes Merogol

    Da’i Syed Tarik Balik Rayuan Bela Diri Pertuduhan Kes Merogol

    -

    Shopee CNY Sale


    Pendakwah selebriti Da’i Syed menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Jerit Macam Teruja Nampak Saya’ – Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pemfitnah Ketika Berjalan Bersama Isteri

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Ada Salah Silap Pada Dia, Saya Mohon Maaf’ – Da’i Syed

    Tarik balik rayuan

    Memetik laporan Harian Metro, peguam Johan Radzi memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan bahawa Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal tidak mahu meneruskan rayuan dan ingin menarik balik rayuan berkenaan.

    Perayu sebelum ini telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan perayu daripada pertuduhan merogol.

    Perayu sudah membela diri atas pertuduhan berkenaan dan keputusan di akhir kes pembelaan ditetapkan pada Ogos ini. Rayuan perayu kini bersifat akademik.

    Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad berkata, Syed Shah Iqmal tidak lagi kompeten, berikutan perayu sudah membela diri.

    Pada prosiding itu, Hakim Datuk Ahmad Zaidi yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk S.M Komathy Suppiah membatalkan rayuan berkenaan.

    Keputusan itu akan diumum pada oleh Hakim Norazlin Othman pada 30 Ogos ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

    Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 28, daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

    Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Beremosi Melihat Keadaan Terkini Komposer Yang Terkenal, Ross Ariffin

    Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

    Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts