Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDalam Diam Tumor Bersaiz 2.7CM Berjaya Dikeluarkan, Awie Simpan Rahsia Hidap Kanser...

    Dalam Diam Tumor Bersaiz 2.7CM Berjaya Dikeluarkan, Awie Simpan Rahsia Hidap Kanser Buah Pinggang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi rock yang legenda, Datuk Awie, telah mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap kanser buah pinggang empat tahun lalu, tetapi dia bersyukur kerana penyakitnya telah dikesan pada peringkat awal.

    Pendedahan mengenai penyakit yang dihadapinya itu dibuat oleh vokalis kumpulan Wings itu semasa berucap di segmen “Pagi On Point” di stesen radio Kool 101 bersama Haiza dan Muaz.

    Awie menjelaskan bahawa hanya keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui mengenai penyakit yang dihadapinya kerana dia tidak gemar berkongsi soal peribadi dengan orang ramai.

    “Buah pinggang saya bermasalah apabila doktor mendapati ada tumor dan mengesahkan ia adalah kanser.”

    “Tapi, Alhamdulillah dikesan awal dan doktor berjaya buang tumor berkenaan. Masa nak beritahu saya, doktor macam tergagap-gagap dan sangat mencurigakan.”

    “Ketika itu, saya rasa seperti darah naik ke muka dan mungkin masa saya sudah nak habis,” kongsi Awie menerusi temubual berdurasi lebih 30 minit itu.

    Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berkata, doktor menyarankan agar membuang buah pinggangnya, tetapi dia menolak kerana ingin meminta pandangan kedua.

    “Saya termenung lama dan minta doktor beri saya peluang untuk fikirkan ikhtiar lain. Doktor mengesyorkan saya bertemu seorang doktor pakar di sebuah hospital.”

    “Selepas berjumpa doktor berkenaan, ujian imbasan menunjukkan memang 95 peratus kanser. Akhirnya, saya setuju buat pembedahan buang tumor bila puas dipujuk isteri, itu pun selepas empat bulan dapat rawatan.”

    “Doktor terpaksa tebuk tiga lubang dan masukkan kamera kerana tumor ini susah nak nampak sebab pada bahagian dalam. Akhirnya tumor bersaiz 2.7 sentimeter berjaya dikeluarkan,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts