Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya dalam satu kejadian di sebuah hotel Batu Gajah, Perak pada Khamis.
Suami mengaku bunuh isteri
Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 36 tahun itu kemudian telah datang ke Balai Polis Batu Gajah dan menyerah diri. Suspek mengaku telah membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau.
Difahamkan, pembunuhan itu berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan terbabit dan dalam proses perceraian.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian terbabit. Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.