Program realiti masakan terkenal, ‘Dapur Panas’ kini kembali bersiaran di stesen televisyen TV3 bermula 18 Oktober 2024 dan akan berlangsung setiap Jumaat, jam 11:30 pagi.
Dapur Panas bersama Cef Naem
Dapur Panas bukan sahaja membawa penonton ke dunia masakan malah turut akan menyajikan anda semua dengan resepi masakan yang mudah tapi sudah pasti menggiurkan.
Rancangan ini menampilkan Cef Naem yang akan menunjukkan kepada anda cara memasak dengan cepat dan mudah. Malah ianya sesuai dipraktikkan oleh semua golongan termasuk mereka yang sudah pro memasak atau bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia masakan. Tak hanya itu, bahan-bahan yang digunakan mudah didapati, dan yang lebih penting, rasa dia wow!
Dengan dua hidangan utama yang memikat selera dan satu pencuci mulut yang manis. Masakan melazatkan ini disediakan di lokasi yang luar biasa dan memukau iaitu dari tepi sungai yang jernih hingga kawasan hijau yang subur.
Paling istimewa, terdapat tetamu istimewa yang akan hadir menemani Cef Naem menyajikan hidangan sambil berkongsi kisah menarik tentang mereka yang boleh boleh dijadikan pengajaran dan inspirasi buat orang ramai. Siapa sangka, di sebalik masakan, ada cerita yang penuh inspirasi!
Peralatan masakan yang digunakan dalam Dapur Panas juga sangat ‘mesra pengguna’ dan Cef Naem akan memberikan tips praktikal untuk meningkatkan pengalaman memasak anda.
Jangan risau, anda boleh memasak walau dimana sahaja anda berada termasuk ketika berkhemah atau berkelah.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama Cef Naem dalam Dapur Panas, setiap Jumaat jam 11:30 pagi bermula 18 Oktober 2024 di TV3.
Jika anda suka memasak, suka alam, atau cuma ingin sesuatu yang baru dan berbeza, Dapur Panas adalah pilihan tepat untuk anda!