Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek memberi bayangan dia kini sedang berdepan dengan masalah keluarga.
Konflik keluarga?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim mendakwa dia digelar dengan kata-kata kesat oleh ahli keluarganya sendiri.
Benda paling sedih selama aku hidup 44 tahun ini adalah bila darah daging sendiri panggil aku anjing hanya kerana aku pertahankan mak abah aku sendiri.
Menurut Karl, perkara tersebut adalah lumrah yang perlu dilalui apabila berada di tahap terendah di dalam hidupnya.
Begitulah keadaannya bila kau sedang jatuh terduduk.
Darah daging kau sendiri pun akan campak kau ke bawah.
Walau bagaimanapun, selebriti itu tidak menyatakan dengan lebih lanjut apakah masalah yang sedang dihadapinya bersama keluarga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami keadaan Karl dan turut berkongsi kisah yang sama.
Tak rugi pertahankan mak abah awak. Saya pernah di dalam situasi itu, dipulau oleh sepupu sampai sekarang.
Saya faham, betul apa orang cakap. Kita tak boleh pilih keluarga, kita hanya boleh bersabar sahaja.
Betul tu, saya setuju dengan ayat yang terakhir. Saya dah lalui.
Sabar, kita harus menjaga dan mempermudahkan mak ayah, bukan sebab kita baik tapi sebab merekalah ibu bapa kita. Semoga dipermudahkan urusan.
Sedih saya mendengarnya, terutama nak pertahankan ibu bapa. Semoga syurga buat mu.