Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDari Bella Hadid Hingga Ke Olivia Rodrigo, Rupanya 6 Selebriti Ini Peminat...

    Dari Bella Hadid Hingga Ke Olivia Rodrigo, Rupanya 6 Selebriti Ini Peminat Setia Kedai Bundle

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ‘Girl math’. Daripada berbelanja lebih beli pakaian baru, lebih baik beli pakaian terpakai yang berkualiti pada harga yang lebih murah. Boleh beli banyak helai kan? Kalau kamu boleh bezakan atau perasan, kebanyakan orang sekarang lebih gemar memakai pakaian dari kedai thrift atau bundle. Kena pandai memilih dan ‘selam’, pasti kamu akan jumpa kepingan fesyen yang berjenama mewah pada harga yang sangat murah. Berbelanja di kedai bundle atau thrift ini bukan hanya popular di kalangan pencinta fesyen sahaja, malah di kalangan selebriti juga. Walaupun tak ramai yang tampil memberitahu, ada beberapa selebriti yang tanpa segan silu mengakui mereka merupakan peminat setia kedai bundle. Bermula daripada…
    SZA View this post on Instagram A post shared by SZA (@sza) Penyanyi SZA mengakui yang dirinya suka berbelanja di kedai bundle. Walaupun sering tampil menggayakan pakaian berjenama mewah di karpet merah, SZA sebenarnya suka menghabiskan masa ‘menyelam’ di kedai pakaian terpakai. Antara koleksi kegemarannya yang dikumpul adalah old school t-shirt.
    Lorde Kongsi Lorde, membeli-belah di kedai thrift membuatkan dirinya dapat berjimat selain mendapatkan pelbagai jenis pakaian pada harga yang murah. Malah pakaian thrift lebih sesuai dengan gaya peribadi dan imejnya.
    Bella Hadid View this post on Instagram A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid) Walaupun Bella Hadid adalah supermodel terkenal di seluruh negara, dia tidak malu tampil menggayakan look Y2K dalam pakaian bundle. Katanya pakaian Y2K ini lebih banyak dijual di kedai bundle dan berita ini membuatkan ramai yang berbelanja di tempat yang sama sepertinya.
    Olivia Rodrigo Popular dengan pelbagai jenis look Y2K, penyanyi Olivia Rodrigo merupakan peminat setia kedai thrift. Pernah sekali, peminatnya terserempak dengan Olivia yang sedang ‘menyelam’ di kedai bundle bersama Conan Gray.
    Drew Barrymore Bukan hanya pakaian sahaja, aktres Drew Barrymore ini rupanya gemar membeli perabot rumah di kedai barangan terpakai dalam talian iaitu Chairish.
    Sarah Jessica Parker View this post on Instagram A post shared by SJP (@sarahjessicaparker) Mungkin ada yang tak tahu, Sarah Jessica Parker pernah menggunakan barangan secondhand yang dibelinya di kedai thrift dalam serial HBO “Divorce”. Selain barangan rumah, aktres ini juga mempunyai beberapa pakaian thrift.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts