Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDari Orang Ketiga Hingga Jadi Isteri, Ini Kisah Cinta Raja Charles III...

    Dari Orang Ketiga Hingga Jadi Isteri, Ini Kisah Cinta Raja Charles III & Ratu Consort Camilla Yang Popular

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur




    Sejak dari dulu lagi, hubungan Raja Charles III dan Ratu Consort Camilla mendapat tentangan daripada seluruh dunia termasuklah ahli keluarganya. Kalau kamu nak tahu, Ratu Elizabeth II sendiri tak merestui hubungan itu dan melabel Camilla sebagai ‘wicked woman‘ kerana menjadi orang ketiga dalam hubungan Raja Charles III dan Puteri Diana ketika itu. 1971 Foto – Yahoo News Malaysia / Marie Claire

    Di sebuah pertandingan polo, Raja Charles III ketika itu seorang putera bertemu dengan Camilla Parker Bowles melalui rakan mereka iaitu Lucia Santa Cruz. Pasangan ini kemudiannya memulakan hubungan mereka tetapi telah berpisah sebelum Putera Charles III mula berkhidmat untuk Royal Navy selama lapan bulan. Setelah pulang daripada berkhidmat, beliau mendapat tahu Camilla telah bertunang dengan Andrew Parker Bowles. 1973 Foto – Diana Legacy

    Ketika perkahwinan Camilla dan Andrew berlangsung, Putera Charles III tidak hadir. Menerusi perkahwinan itu, Camilla dan Andrew mempunyai dua orang anak iaitu Tom dan Laura. Sekadar info, Andrew Parker Bowles pernah mempunyai hubungan dengan adik perempuan Putera Charles III iaitu Puteri Anne. 1977 Foto – Pinterest

    Setelah dikenalkan dengan beberapa orang wanita untuk dikahwinkan, Putera Charles III telah bertemu dengan Diana Spencer ketika mempunyai hubungan dengan kakaknya, Sarah. Ketika itu, Putera Charles III dan Diana berkenalan semasa berada di sebuah ladang. Situasi ini membuatkan mereka menjadi lebih rapat ketika putera itu datang untuk menetap di rumah mereka untuk keluar berburu. 1980 Foto – Getty Images

    Putera Charles III membawa Diana bertemu dengan teman rapatnya iaitu Camilla dan Andrew. Putera Charles III dan Camilla pada ketika itu tidak mempunyai hubungan yang istimewa dikatakan telah ‘setuju’ dengan pilihannya. Menerusi sebuah rakaman, Diana mengatakan dirinya dianggap sebagai ancaman, “Saya telah diperkenalkan dalam circle mereka tetapi saya dianggap sebagai sebuah ancaman, walaupun saya hanya seorang gadis biasa dan sangat muda”. 1981 Foto – Pinterest

    ALSO READ:  Mahu Beri Kelainan, Luqman Podolski Lancar Tak Sedar Diri!

    Setelah mengumumkan berita perkahwinan antara Putera Charles III dan Diana, dia mengatakan tunangnya itu membuat satu gelang khas untuk Camilla. Dalam biografi Diana: In Her Own Words, Diana mengatakan dia mencari kelibat Camilla dan melihat Camilla berada di situ melihat perkahwinan mereka. 1986

    Dalam sebuah wawancara, Puteri Diana mengatakan suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan Camilla, “Ada tiga orang dalam perkahwinan ini. Ianya agak sesak”. Putera Charles III pula memberitahu dia seorang setia sehingga perkahwinannya mereka putus. Pada masa yang sama, beliau mengatakan Camilla hanyalah teman rapatnya untuk jangka masa yang lama. 1993 Foto – Pinterest

    Sebuah rakaman perbualan peribadi di antara Putera Charles III dan Camilla telah diketahui oleh seluruh dunia. Kesan daripada itu. Camilla bercerai dengan Andrew pada Januari 1995 manakala setahun kemudian Putera Charles III telah bercerai dengan Puteri Diana. 1997 / 1998 Foto – Reader Digest

    Setelah kematian Puteri Diana, Putera Charles III memperkenalkan Camilla kepada anaknya Putera William dan Putera Harry. Tetapi pertemuan itu tidak dihiraukan oleh anaknya berikutan dengan kematian Princess Diana. Sekadar info, Puteri Diana meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di Paris yang melibatkan pasangannya iaitu Dodi Fayed, seorang usahawan dan Henri Paul, seorang pemandu. 2000

    Setelah beberapa kali menolak untuk bertemu dengan Camilla, akhirnya Ratu Elizabeth II bersetuju. Pertemuan pertama itu berlaku ketika Ratu Elizabeth II menghadiri sebuah majlis hari jadi Raja Greece di kediaman Putera Charles III di Highrove. Pertemuan mereka itu dikatakan telah ‘mencapai persetujuan’ tentang hubungan Putera Charles III dan Camilla. 2005

    Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka apabila Putera Charles III telah melamarnya dengan sebuah cincin milik ibu Ratu Elizabeth II. Kemudian mereka berkahwin dalam sebuah upacara sivil. Dihadiri oleh anak-anak mereka tetapi Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak menghadiri majlis tersebut. 2010

    ALSO READ:  Hubungan Baik Dengan Peminat: Khai Bahar Bersyukur Dapat Sokongan Walaupun Dalam Susah Senang

    Selepas perkahwinan mereka, ramai yang mempersoalkan tentang gelaran Camilla setelah Putera Charles III menjadi raja. Disebabkan Camilla menjadi ‘punca’ kepada perkahwinan Putera Charles III dan Puteri Diana berakhir, dia akan menerima gelaran Ratu Consort berbanding dengan Ratu. Siapa sangka antara hubungan keluarga diraja pun boleh diganggu oleh kehadiran ketiga…



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts