Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatang Haid Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan...

    Datang Haid Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Yang Boleh Dilakukan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi amalan-amalan yang boleh dilakukan buat para wanita yang datang haid ketika 10 malam terakhir Ramadan.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kamu Tayang Aurat Isteri, Bangga Puluhan Ribu Orang Tengok’ – Ustaz Wadi

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Kongsi Petua Ulama 10 Malam Terakhir Ramadan, Baca 4 Surah Lazim & Yassin Peroleh Pahala Bersamaan 5 Kali Khatam Quran

    Kongsi empat amalan

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi menyenaraikan empat amalan yang boleh dilakukan untuk turut sama menghidupkan malam Lailatul Qadar.

    Bagi wanita-wanita yang tidak boleh solat pada malam-malam 10 terakhir Ramadan jangan risau, Islam hanya tidak membenarkan solat, berpuasa, baca dan sentuh Al-Quran.

    Ada berpuluh-puluh kebaikan lain semua boleh buat. Contoh pertama, berdoa. Doa untuk orang Islam ‘Ya Allah, bagilah hidayah untuk semua umat Nabi Muhammad’, ‘Ya Allah ramai yang sakit, sembuhkanlah orang umat Islam’. Banyakkan berdoa.

    Kedua, bersedekah. Tiap malam tu transfer duit RM10 ke sana sini.

    Selain itu, mereka yang sedang uzur juga boleh mengamalkan beberapa zikir dan berkhidmat kepada keluarga yang bangun untuk beribadat pada malam Lailatul Qadar.

    Ketiga boleh berzikir. Zikir lailahaillallah, seratus kali. Subhanallah wabihamdih, seratus kali. Hasbunallah wan’mal wakil, seratus kali. Subhanallah alhamdulillah lailahaillallah Allahuakbar, seratus kali.

    Keempat, sediakan makan sahur ataupun sediakan makanan untuk orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar.

    Contohnya, anak-anak kita, suami kita bangun malam tu hidupkan Lailatul Qadar. Kita buat air panas atau air minuman letak di tepi dia. Berkhidmat untuk suami dan anak-anak yang bangun pada malam tersebut.

    Jadi banyak ibadat-ibadat yang boleh dibuat, jangan tinggal malam-malam 10 terakhir. Semoga Allah bagi kita rajin dan hidayah.

    ALSO READ:  Mahu Wajah Anda Terpampang Di BILLBOARD? Jom Sertai Kempen Dari SAMSUNG Ini

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts