Penyanyi, Datin Alyah meluahkan rasa berang berang terhadap sebuah rangkaian kedai serbaneka terkenal di Gelang Patah, Johor Bahru yang dikatakan tidak menyediakan beg plastik.
Berang Kedai Serbaneka Tak Sediakan Beg Plastik
Kongsi Alyah, menerusi hantaran di Instagram, dirinya yang membeli barang yang banyak ketika itu turut tidak berpuas hati dengan servis kedai serbaneka berkenaan yang didakwa bersikap sombong di hadapan pelanggan.
“Bila kau pergi kedai 9*mart Gelang Patah, then mereka kata tak ada plastik. Habis yang aku beli barang ceretet ni nak bawa macam mana ya??.
Baik ko jangan buka kedai. Kalau dah plastic bag pun tak ada. Kata cashier yang menyombong tu dah setahun tak ada plastic bag. Aii buat naik angin aku je hari ni.
Bila kita naik angin kat dia senang je jawab, manager kata jangan layan. Hello 9*mart Gelang Patah, baik tutup je, pekerja korang pun menyombong macam kita minta duit pulak, walhal kita yang bagi duit kat diorang.”-berang Datin Alyah
View this post on Instagram
“Mesti Dah Lama Tak Pergi…”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen di ruangan komen yang rata-rata menjelaskan bahawa rangkaian kedai serbaneka berkenaan sudah lama tidak menyediakan beg plastik untuk pelanggan bagi menyahut kempen tiada beg plastik dalam usaha mengurangkan sisa plastik dalam negara.
“Dah 2024 kot. Ready kan shopping bag dalam kereta tak susah mana pun datin.”
“Dah lama speedmart tak sediakan beg plastik. Takkan Datin tak tahu? Saya kalau pergi situ memang standby beg plastik sendiri dari rumah.”
“Mesti dah lama tak pegi speedmart kan. Kat Selangor ni mana-mana memang tak ada plastik dah kecuali kedai runcit biasa dengan kedai acheh.”
“Adui content mengundang ni. Speedmart memang dah setahun save earth Datin, seluruh Malaysia. Tapi bab attitude staff memang diakui agak rude sikit. Macam semua speedmart pun sama. Tanya apa-apa tak layan sangat. Macam pandai-pandai la kau nak hidup.”
Apa komen anda?