Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, February 4, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatin Alyah Tampil Perjelas Status Anak Angkatnya-“Zara & Tok Ram Mempunyai Hak...

    Datin Alyah Tampil Perjelas Status Anak Angkatnya-“Zara & Tok Ram Mempunyai Hak Seperti Bapa Dan Anak Kandung…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Datin Alyah tampil bersuara mengenai status anak angkatnya, Zara selepas ramai yang bertanyakan kepadanya mengenai rumah kebajikan atau rumah anak yatim untuk mengambil anak angkat.

    Jelas Datin Alyah menerusi hantaran di Instagram, dia dan suami, Datuk Ramli MS tidak mengambil Zara dari mana-mana rumah kebajikan atau rumah anak yatim kerana Zara adalah anak saudaranya sendiri.

    “Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim. Jadi minta maaf banyak-banyak yang DM atau text saya kat mana saya dapat Zara dan macam mana nak ambil anak angkat yang comel.

    Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri.”-kongsi Alyah di Instagram

    Zara & Tok Ram Taraf Bapa Dan Anak Kandung

    Tambahnya lagi, Alyah menjelaskan bahawa Zara dan Tok Ram mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung kerana dirinya telah menyusukan anak angkatnya itu.

    “Seperkara lagi, kami dah susukan Zara. Jadi Zara dan Tok Ram mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.

    Terima kasih atas doa kalian ya. Kami juga doakan yg baik baik buat kalian🥰🥰🥰.”-jelas Alyah

    View this post on Instagram

    A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

    Sekadar info, Datin Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli MS pada tahun 2013. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Zara.

    Ramli MS sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik tempatan iaitu Jennifer Thompson. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts