Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatin Red Menafikan Menuntut Cerai Berhubung Suami Kewangan yang Tidak Menguntungkan -...

    Datin Red Menafikan Menuntut Cerai Berhubung Suami Kewangan yang Tidak Menguntungkan – ‘Tidak Ada Kaitan Sama Sekali’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Madu kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datin Red menafikan dakwaan mengatakan dirinya dan Adira berpakat untuk menuntut cerai daripada suami mereka, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

    Bukan sebab Datuk Red susah

    Ketika ditemui , Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Nor Shafila berkata, tuntutan cerai yang dibuat adalah berdasarkan keputusan diri masing-masing.

    Oh tidak, saya dan Adira sama sekali tidak sepakat.

    Tuntutan cerai dari Adira adalah keputusan dia sendiri manakala seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa tuntutan cerai saya ini bukan keputusan saya namun ia adalah jalan yang terbaik.

    Datin Red berkata demikian ketika dijumpai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada pagi Isnin.

    Dalam pada itu, ibu kepada lima orang anak ini menafikan dakwaan yang mengatakan tuntutan cerai dibuatnya itu mempunyai kaitan dengan kewangan suaminya.

    Tidak ada kena mengena dengan isu Datuk Red tengah susah.

    Ketika ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Datin Red memaklumkan bahawa mereka tidak dimaklumkan lagi mengenai tuntutan cerai tersebut.

    Anak-anak tak tahu sebab mereka tak diberitahu mengenai perkara ini.

    Mungkin anak saya yang sulung tahu tetapi anak-anak tak pernah tanya dan kami tak bagitahu mereka.

    Sekadar info, Datin Red hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan kedua kes tuntutan perceraian terhadap Datuk Red.

    Walau bagaimanapun, sebutan kes tersebut terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Datuk Red dan proses pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) akan berlangsung pada 26 Mac ini.

    Terdahulu, Datin Red menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya apabila memuat naik beberapa foto dirinya berada di perkarangan luar mahkamah.

    ALSO READ:  Wanita Dedah Ada Gambar Suami Tidur Dengan PA & Mahu Cerai, Peguam Perjelas Bukti Zina – ‘Kena Bawa Saksi’

    Difahamkan, Datin Red telah memfailkan penceraian ke atas suaminya pada Januari lalu.

    Sementara itu, isteri kedua Datuk Red yang merupakan penyanyi, Adira Suhaimi juga telah memfailkan penceraian ke atas Datuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

    Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

    Video

    @official

    Replying to @Al-baihaqi 11 Datin Red berkata, tuntutan cerai yang dibuat adalah berdasarkan keputusan diri masing-masing. # #sembangentertainment #datinred #minta #cerai #datukred

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts