Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDato’ Aishah Beri Nafas Baharu Kepada ‘Di Pinggir Kayangan’

    Dato’ Aishah Beri Nafas Baharu Kepada ‘Di Pinggir Kayangan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Merakamkan semula lagu-lagu lama yang pernah dipopularkan oleh artis-artis legenda merupakan satu perkara biasa. Ramai penyanyi di seluruh dunia yang kerap melakukan sedemikian. Ini kerana lagu-lagu lama ini mempunyai irama yang tidak lapuk ditelan zaman. Apatah lagi selepas diberi nafas baharu, semakin ramai generasi masa kini yang dapat menghargai karya-karya emas ini.

    Namun begitu, tidak semua penyanyi baharu berjaya menjadikan lagu-lagu rakaman semula sebagai karya yang mudah diingati. Ada beberapa rakaman semula yang gagal serta tidak diketahui dan ada juga yang berjaya mencuri perhatian. Hanya beberapa penyanyi hebat sahaja yang mampu menghidupkan semula karya-karya lama ini.

    Antara yang mahu melakukan perkara ini adalah salah seorang penyanyi senior Malaysia yang dikenali dengan vokalnya yang luar biasa, iaitu Dato’ Aishah. Pernah menembusi pasaran antarabangsa di zaman mudanya bersama kumpulan The Fan Club, Dato’ Aishah kembali dengan rakaman semula lagu “Di Pinggir Kayangan” yang pernah dibawa oleh biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.

    “Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Saya sangat meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan arwah.

    “Di Pinggir Kayangan” adalah sebuah lagu cinta yang mempunyai semangat positif dan gembira serta lenggok kemelayuan yang sangat merdu,” ujar Dato’ Aishah sambil menjelaskan mengapa beliau memilih lagu ini untuk dirakam semula.

    Dalam pada itu, Dato’ Aishah turut menitipkan harapan agar Di Pinggir Kayangan yang diberi nafas baru ini akan diterima baik oleh semua.

    “Semoga lagu-lagu seperti “Di Pinggir Kayangan” ini akan mendapat tempat dalam kalangan para pendengar muda dan sudah tentunya pendengar yang lebih senior juga. Bila kita dapat menghayati lagu-lagu lama barulah kita dapat kemajuan mencipta lagu-lagu baharu,” bingkas Dato’ Aishah di akhir bicara.

    View this post on Instagram

    A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

    “Di Pinggir Kayangan” versi Dato’ Aishah kini boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    ALSO READ:  Rahim Razali Suka Rendang & Lemang, Rindu Suasana Di Kampung – ‘Lain Sangat Beraya Di Kota’



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts