Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDato Red Dikecam Netizen Gara-Gara Kucup Bekas Isteri Semasa “Live”! Adira Tidak...

    Dato Red Dikecam Netizen Gara-Gara Kucup Bekas Isteri Semasa “Live”! Adira Tidak Mahu Panaskan Lagi Keadaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini umum mengetahui bahawa usahawan Dato Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato Red telah sah bercerai talak satu setelah berkahwinan selama sembilan tahun dengan penyanyi Adira pada 24 April yang lalu.

    Menceraikan Kedua-dua Isterinya

    Selepas itu, Dato Red kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.

    Hasil kedua-dua perkahwian itu Dato Red dikurniakan sembilan orang cahaya mata.

    Terbaru, tindakan spontan Dato Red mengucup kepala bekas isterinya, Adira ketika sedang melakukan video siaran langsung di TikTok mengundang kecaman ramai.

    Walaupun masih mengekalkan hubungan baik selepas bercerai, Adira menjelaskan riak wajahnya sudah cukup menjadi jawapan terhadap tindakan Dato Red.

    Tidak Mahu Menghangatkan Isu Yang Sudah Reda

    via KOSMO

    Menurut Suria FM, Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu menghangatkan lagi isu rumah tangganya yang sudah reda.

    Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu tapi kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini.

    Saya enggan memanaskan perkara itu kerana ia tak mendatangkan faedah pun kepada saya.

    Adira juga tidak mahu mengulas dengan lebih terperinci apabila ditanya sekiranya akan menetapkan sebarang syarat kepada Dato Red bagi mengelak kejadian seperti berulang kembali.

    Sebaliknya tegas Adira, niatnya hanya mahu membantu Dato Red dalam perniagaan secara dalam talian.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts