Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah satu festival muzik yang penuh dengan warna-warni, membawa bersama pelbagai alat muzik Drum, Gendang dan Perkusi, demi mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni.
Barisan Artis Yang Hebat
Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang berlangsung selama satu hari ini, mereka akan menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif dalam pelbagai Genre, Persembahan Drumline, serta sebuah Gala Konsert “All-Star Show” yang mengagumkan.
Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRajaMalaysia dan jemputan khas lainnya.
Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.
Pelbagai Aktiviti Menarik
Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor ini akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam.
Gala Konsert All-Star Show akan berlansung pukul 8.45 sehingga 11 malam. Sementara itu pelbagai aktiviti termasuk pameran dan jualan alat muzik, demostrasi produk, “mini games”, “busking & jamming” dan cabutan bertuah, turut berlangsung serentak.
Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert dijual kepada pengunjung.
Pemegang “Festival Pass” akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan.
Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja.