Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatuk Rahim Razali: Harga Rendah Tidak Berpatutan Bagi Pelakon Berpengalaman

    Datuk Rahim Razali: Harga Rendah Tidak Berpatutan Bagi Pelakon Berpengalaman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, pelakon berpengalaman Hamidah Wahab mendedahkan sudah hampir 10 tahun dirinya tidak mendapat tawaran berlakon drama bagi mana-mana stesen televisyen.

    Bukan itu sahaja, Hamidah juga memaklumkan dirinya pernah ditawar serendah RM150 untuk menjalani empat hari penggambaran.

    Tak masuk akal tawaran seperti itu

    Terbaharu, tampil mendapatkan respon daripada seorang lagi pelakon berpengalaman iaitu Datuk Rahim Razali berhubung isu ini.

    Rahim atau nama sebenarnya Abdul Rahim Haji Mohd Razali mengakui dirinya terkejut mendengar berita tersebut.

    Bila sebut soal tawaran boleh katakan saya juga sudah jarang mendapat tawaran berlakon, adalah sikit-sikit cuma tidaklah sampai mendapat tawaran serendah itu.

    Bila saya dengar perkara ini, tak akanlah pelakon berpengalaman dan begitu bagus seperti Hamidah ditawar dengan harga serendah itu?

    Saya sangat terkejut jika benar dia ditawarkan serendah itu.

    Tambah Rahim, tidak masuk akal untuk mana-mana pihak produksi menawarkan harga serendah itu kepada pelakon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan.

    Sekiranya mereka (pihak produksi) mahu mendapatkan khidmat lakonan pelakon berpengalaman dan berbakat besar bererti pelakon-pelakon ini sangat berharga.

    Kenapa tawar harga rendah sebegitu? Adakah sebab kami dah tua?

    Pada saya, lebih lama seseorang pelakon itu berada dalam industri ini, lebih berharga nilai mereka.

    Tapi kalau anda tidak mahu menawarkan harga yang tinggi, janganlah pula anda rendahkan harga bayaran mereka begitu sahaja. Itu sama sekali tak kena dan salah.

    Selain Hamidah, antara artis veteran lain yang pernah ditawarkan dengan bayaran yang rendah termasuklah Wan Maimunah dan Fauziah Nawi.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bunga Elhaq Dah Pandai Mengadu – ‘Kuat Membebel Ikut Perangai Siapa Ni?’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts