Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatuk Red Berminat Menjadi Ahli TikTok Live - Ingin Mencari Peluang Pekerjaan,...

    Datuk Red Berminat Menjadi Ahli TikTok Live – Ingin Mencari Peluang Pekerjaan, Bukan Minta Sedekah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi mengejutkan ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis sejak 2019.

    Datuk Red nak belajar buat live TikTok

    Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kemudian membuka akaun TikTok dan memuat naik hantaran mencari pekerjaan demi menyara keluarganya. Jelasnya lagi, pelbagai usaha yang dilakukan sepanjang 5 tahun bagi mencari perkerjaan tetap, namun tidak membuahkan hasil.

    Dia juga mendedahkan memiliki hutang sebanyak RM5 juta selain terpaksa meminta belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

    Terbaharu, Datuk Red meluahkan rasa syukur atas respon positif orang ramai terhadap situasi yang dilaluinya. Malah tidak menyangka bahawa kisah dan usahanya mencari pekerjaan itu menjadi tular.

    Terima kasih tuan puan, tak sangka viral pula kisah saya mencari kerja.

    Malam nanti saya belajar buat live. Tapi saya bukan minta sedekah tau, saya hanya mencari kerja.

    Terdahulu, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.

    Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

    Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

    Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

    Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

    ALSO READ:  Nabila Huda Jarang Kongsi Video Masak, Sedang Alami ‘Midlife Crisis’? – ‘Rasa Rengsek Dengan Semua Benda’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts