Berdepan dengan masalah kewangan membuatkan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mengenepikan perasaan malu dengan gigih mencari pekerjaan.
Luahan Datuk Red
Menerusi perkongsian di TikTok, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjelaskan bahawa tindakan yang diambil bukanlah lakonan malah ia adalah sebuah realiti perit yang terpaksa dilaluinya.
Terima kasih banyak-banyak yang mana sokong ataupun tidak. Ini bukan drama saya, ini adalah jalan terakhir saya untuk saya kembali.
Insya-Allah kalau boleh kembali dengan saki baki kehidupan saya.
Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu bahawa dia kini sedang berusaha untuk melunaskan hutang piutang selain mencari rezeki untuk nafkah anak-anak dan kedua isterinya.
Yang mana ada hutang tu insya-Allah..memang kalau saya berjaya itulah niat asal saya nak jelaskan hutang selain daripada memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri saya. Itu sahaja niat saya.
Lepas itu kalau Allah Taala nak ambil nyawa saya..ambillah. Janji saya dapat selesaikan hutang di dunia ini. Saya banyak dosa..saya nak tanggung itu lagi.
Saya tahu sekarang ini saya memang tak ada kemampuan untuk menjelaskan semua yang ada hanyalah diri saya yang tak berapa berharga ini.
Sementara itu, Datuk Red juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua pengikutnya yang menyokong dan memberi sumbangan.
Ramai yang DM dan mesej saya, terima kasih.
Yang beri sumbangan, saya tak tahu nak balas macam mana. Saya tak minta. Saya hanya minta cari kerja bukannya minta duit, simpati atau sedekah. Saya kuat lagi insya-Allah, demi anak-anak.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.
Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.
Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.
Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.
@dato..red ? original sound – abg red – abg red