Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatuk Red Raih RM30,000 Berniaga Dalam Masa Sebulan, Guna Duit Keutungan Untuk...

    Datuk Red Raih RM30,000 Berniaga Dalam Masa Sebulan, Guna Duit Keutungan Untuk Langsai Hutang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seperti yang kita ketahui, bekas suami kepada Adira, Datuk Red perlu melangsaikan hutang sebanyak RM7 juta selepas diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.

    Untung dalam masa sebulan

    Terbaharu, pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan dia sudah membayar sebanyak RM30,000 daripada jumlah keseluruhan melalui hasil titik peluhnya berniaga atas talian.

    Memetik laporan Kosmo!, Datuk Red bersyukur apabila berjaya mengumpul jumlah tersebut dalam masa hanya sebulan.

    Segala urusan bayaran hutang akan dibuat oleh peguam saya. Dia yang akan menentukan siapa yang perlu dibayar mengikut jumlah tertentu.

    Meskipun baru RM30,000, saya tetap berasa bangga kerana wang tersebut berjaya dikumpul dalam tempoh masa sebulan.

    Bagi saya itu satu pencapaian yang positif dan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terhadap perniagaan termasuk Adira.

    Dalam pada itu, usahawan berusia 46 tahun ini memaklumkan dirinya sama sekali tidak berasa malu untuk berniaga secara kecil-kecilan kerana sedar dengan keadaan semasa dirinya yang terhimpit dengan hutang yang bernilai jutaan ringgit.

    Sekarang saya menjual kopi, sambal, baju dan minyak wangi. Berniaga juga secara kecil-kecilan dan kadangkala di tepi jalan, berdiri tengah panas atau menyertai bazar di seluruh Negeri.

    Berbeza dahulu saya aktif dalam bidang hartanah, tetapi saya sedar keadaan yang tiada modal jadi tidak mengapa mula dari bawah semula dan tidak berasa malu bergelar peniaga kecil-kecilan.

    Memang ada impian untuk terlibat lagi dalam bidang hartanah, tetapi saya perlu selesaikan hutang RM7 juta yang kini hanya baru dibayar RM30,000. Masih panjang lagi tempoh untuk menyelesaikan hutang.

    Sekadar info, Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

    ALSO READ:  ‘Hilang RM30K Atau RM300K Tak Ada Erti Nak Dibanding Dengan Nyawa’ – Ryzal Ibrahim

    Walau bagaimanapun, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi telah memfailkan penceraian terhadap Datuk Red atas alasan tiada lagi persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu.

    Mereka kemudiannya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan perkahwinan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts