Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDatuk Rosyam Nor Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Berkait Isu Sokong Wujud...

    Datuk Rosyam Nor Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Berkait Isu Sokong Wujud Rumah Pelacuran Di Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Membuka rumah pelacuran khusus untuk pekerja asing tidak dapat diterima sama sekali kerana ia tidak hanya bertentangan dengan undang-undang sivil dan syariah, tetapi juga bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Na’im Mokhtar menekankan bahawa mencari penyelesaian (kes rogol melibatkan pekerja asing) tidak boleh diatasi dengan mencipta masalah lain.

    Mengenai isu ini, selepas menimbulkan kontroversi tentang keperluan pusat pelacuran di negara ini, aktor senior Datuk Rosyam Nor telah meminta maaf atas kenyataan yang dibuat.

    Pelakon yang juga usahawan terkemuka itu tidak menjangka kenyataan yang dikongsikan dalam podcast video syarikatnya akan menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi.

    “Kerana kontroversi isu rumah pelacuran kemungkinan saya ada buat kenyataan.

    “Saya minta maaf terlebih dahulu kerana tidak menjangka perkara ini akan menjadi viral,” kata beliau dalam hantaran Instagram (IG) hari ini.

    Oleh itu, Mohamed Noor Shamsuddin, 56, menyeru orang ramai menonton keseluruhan video yang dimuat naik ke akaun TikTok Suhan Channel sebelum membuat sebarang penilaian.

    “Tonton keseluruhan video dan fahami apa yang dibincangkan. Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kekeliruan yang terjadi,” katanya.

    Walau bagaimanapun, aktor yang juga penerbit berkaliber itu menegaskan bahawa pandangan yang disampaikan hanyalah pendapat peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

    Berikutan kenyataan kontroversial ini, Rosyam telah ‘diserang’ oleh netizen dan mendapat respons daripada tokoh agama termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts