Komposer legenda, Datuk S Atan disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamannya di Kajang jam 3.35 petang, hari ini.
Meninggal di rumah
Menerusi laporan Harian Metro, berita tersebut disahkan oleh isterinya iaitu Datin Norizan Yeob.
Ya, suami saya sudah tiada. Cuma saya belum dapat memberikan sebarang maklumat kerana masih menunggu pihak berkaitan untuk mengesahkan terlebih dulu.
Suami saya meninggal dunia di rumah.
Terdahulu, S Atan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.