Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida tampil bersuara selepas mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyita aset miliknya di Ipoh, Perak selepas didakwa tidak menyelesaikan hutang.
Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV menerusi kenyataan di Instagram menyatakan bahawa dia mengambil serius terhadap isu berkenaan malah telah melantik pihak peguam untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang terbaik.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan. Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.”-tulis DSV di Instagram
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia turut menghargai sokongan daripada semua pihak terhadap isu yang berlaku serta menitipkan harapan agar diberi ruang untuknya menangani perkara tersebut dengan tenang.
“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional.”-tambahnya lagi
Undang Pelbagai Reaksi Netizen!
Kenyataan DSV mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang mempersoalkan tindakan DSV yang baru kini mahu melantik pihak peguam berhubung isu tersebut.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Seri 😍.”
“Kes dah 6 tahun baru nak lantik lawyer??.”
“Aku tak rasa dia nak bayar 😂.”
“Datuk Vida apapun tak melibatkan duit awam. Dia rugi ke untung ke melibatkan duit dia semata bukan duit rakyat.”
“Diorang saja nak sita time DSV takde kat dalam negara kan? Saja je nak jatuhkan maruah orang lain.”
Apa komen anda?