Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDayang Areeda, Syaffiq Sahli Bintangi Drama “Buang Segala Tentang Dia” Di TV1

    Dayang Areeda, Syaffiq Sahli Bintangi Drama “Buang Segala Tentang Dia” Di TV1

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bermula 15 Disember ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama adaptasi novel “Segala Tentang Dia” karya Suci Hidayat diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd.

    Drama 26 Episod

    Dibawah arahan Emdy Idris, drama ini disiarkan mengisi slot Widuri, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 dan RTMKlik.

    Menampilkan gandingan pelakon utama Dayang Areeda sebagai Nur Iman Alisa dan Syaffiq Sahli sebagai Ibra Iskandar, drama 26 episod ini turut dibintangi oleh Mustaqim Bahadon, Aishah Azman, Jay Iswazir, Azzahra Ahmad, Ily Mokhtar, dan Silfeny Osman.

    Drama kekeluargaan yang sarat dengan kisah pengkhianatan ini bermula dengan watak wanita bernama Iman Nur Alisa menyangka perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.

    Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta Zaid terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa.

    Alisa kehilangan suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.

    Drama Kekeluargaan

    via RTM Klik

    Jiwa wanitanya hancur dengan kata-kata diluahkan suaminya. Bukan itu sahaja, Alisa teruk dipukul lelaki tak berguna itu.

    Kesudahannya Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera. Ketika itu muncul gadis bernama Via, bekas kekasih Zaid yang bersungguh-sungguh ingin kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.

    Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak dalam diri Ibra Iskandar.

    Dia merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa pula merayu dirinya dijauhi lelaki itu. Rasa trauma mahu menjalin hubungan semula dengan lelaki menebal dalam diri Alisa.

    Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? Ikutinya di TV1 dan RTMKlik.

    ALSO READ:  [VIDEO] Anak-Anak Alif Satar Buat Kejutan Di Airport, Cetus Perhatian!-“Tak Sangka Diorang Tunggu Saya”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts