Siapa sanggup menafikan cinta monyet? Tanpa mengira apa terjemahannya, cinta monyet tetap cinta. Ia merupakan permainan emosi yang akan melanda setiap remaja apabila tiba masanya.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini cinta monyet dianggap remeh. Terdapat masa di mana ia menjadi sasaran sindiran di kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, dan saudara. Lagipun, ia seringkali menjadi sumber kemarahan orang tua kerana dianggap membuang masa.
Walau bagaimanapun, ada pepatah yang mengatakan jodoh tidak akan kemana. Jika ditakdirkan bersama, akhirnya mereka akan berjaya ke pelamin juga.
Majlis perkahwinan Hafidz Roshdi, 29, dengan isteri baharunya, Athira Yuhada, telah berlangsung di Glass House Event Space, Shah Alam, Selangor pada Jumaat yang lalu. Hafidz kongsikan dalam satu video momen-momen bersama Athira serta bagaimana mereka berkenalan 14 tahun yang lalu.
“Kami mula berkenalan tahun 2009 masa tingkatan 3. Sekejap sahaja masa berlalu.
Sekarang sudah 2023, 14 tahun kami kenal, katanya.
Hafidz turut menceritakan betapa rapat hubungan mereka sehinggalah masing-masing berumur 21 tahun.
Pada akhir video, Hafidz kongsikan juga gambar terkini mereka berdua, melambangkan cinta mereka yang kembali bertaut pada tahun 2023.
Hafidz kini sah bergelar suami kepada Athira dalam majlis yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Hafidz selepas bercerai dengan isteri yang pertama, Nurul Shuhada Mat Shukri pada bulan Julai yang lalu.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Hafidz nyatakan bahawa Athira merupakan cinta pertamanya dan hubungan mereka pernah putus sebelum ini.