Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDek Kerana Pengering Rambut, Pelakon Cina Ini Maut Serta-Merta

    Dek Kerana Pengering Rambut, Pelakon Cina Ini Maut Serta-Merta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malang tidak berbuah, itulah yang dapat diungkapkan kepada berita kematian seorang pelakon Cina ini.

    Queenzy Cheng meninggal dunia di lokasi penggambaran selepas pembuluh darah pecah di bahagian otak dipercayai kerana penggunaan pengering rambut.

    Pelakon 37 tahun itu mengembuskan nafas selepas mengadu tidak sedap badan 40 minit sebelum tamat penggambaran.

    Rakan pelakon yang berada di tempat kejadian, Chai Zi berkata, persiapan penggambaran bermula sekitar pukul 8.30 pagi dan selepas dua jam, Cheng mula mengadu mengalami kesakitan tanpa punca.

    Foto – The Star

    “Kami sempat bersarapan bersama pukul 8 pagi sebelum bersiap untuk penggambaran. Dia okay sahaja. Tetapi selepas menata rambut menggunakan pengering rambut (blow dry), Queenzy tiba-tiba duduk dan mengadu pening dan sakit kepala serta berasa mahu muntah,” katanya.

    Dalam pada itu, Chai yang juga pengasas bersama Skuad Sekawan bersama Cheng memberitahu, pihak produksi dengan segera menelefon ambulans selepas pelakon itu mengalami muntah.

    “Kru produksi sempat memberi rawatan kecemasan. Dia masih bernafas biarpun sudah tidak sedarkan diri. Tetapi jantung dia berdegup dengan cukup laju. Selepas itu, bibir, tangan dan kakinya mula berubah biru,” katanya.

    Foto – The Star

    Dipetik dari Wolipop, Dr Eugene Chooi menjelaskan bahawa simptom Queenzy seperti pening, sakit dan loya adalah serupa dengan aneurisme (salur darah pecah) atau kecacatan arteriovenous (sambungan tidak normal antara arteri dan urat dalam otak dan saraf tunjang).

    Doktor menambah bahawa aneurisma otak biasanya tidak dapat dikesan. Bagaimanapun, apabila pesakit keletihan dan suhu haba yang digunakan untuk mengeringkan rambut agak tinggi, peredaran darah boleh meningkat, menyebabkan saluran darah pecah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts