Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Dekat Setahun Tak Jenguk, Alhamdulillah Malam Raya Aidilfitri Anak Sulung Datang Ziarah’...

    ‘Dekat Setahun Tak Jenguk, Alhamdulillah Malam Raya Aidilfitri Anak Sulung Datang Ziarah’ – Isma Aliff

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selebriti versatil era 90-an, Isma Aliff meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nor Ismalina datang menziarahinya bersama menantu pada malam Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

    ‘Terima kasih lawat papa’

    Ketika ditemui , Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail berkata, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan anaknya itu selepas kali terakhir berbuat demikian kira-kira setahun yang lalu.

    Saya gembira sangat dan terharu sebab dah lama tak jumpa kan? Mungkin dah lama dia tak balik jenguk saya sebab ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Sebab itu lama dia tak datang.

    Tapi bila dia datang tempoh hari, saya tengok dia sihat pun dah cukup gembira dah. Syukur Alhamdulillah dan yang paling penting dapat jumpa dengan dua orang cucu saya.

    Rasanya dekat setahun dah anak tak jenguk saya sebelum ini tapi kami tetap berhubung melalui telefon.

    Sedih jugalah bila anak lama tak datang tengok saya sebab anak kan?

    Isma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa.

    Ketika ditanya tentang keberadaan Mohd Alif, Isma memaklumkan anak keduanya itu kini sedang menjaga isterinya, Norha Rafie di Ulu Kinta, Perak.

    Anak kedua belum datang lagi sebab dia sekarang ini sedang menjaga ibu dia di Ulu Kinta, Perak.

    Mungkin nanti kalau ada kelapangan dia akan datang atau mungkin saya yang akan ke sana jumpa dengan dia.

    Setakat ini belum berhubung (dengan anak kedua), apa-apa saya akan ‘direct’ dengan kakak dia saja.

    Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem ‘Marah-Marah Sayang’ ini mendoakan agar kedua orang anaknya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Kepada dua anak, saya doakan mereka diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Terima kasih banyak-banyak sebab lawat papa di dalam keadaan begini. Papa sangat hargai.

    Terdahulu, Isma pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan akibat kritikal pada 15 Disember lalu.

    ALSO READ:  ‘Sejak Saya Berhijab, Ramai Pula Yang Mendekati’ – Nora Danish

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts