Gambar sekadar hiasan
Seorang ustazah sekolah asrama penuh di Indonesia disahkan maut
Artikel penuh: Tak Puas Hati Dapat Markah Rendah, Pelajar Bunuh Guru Guna Kayu Besbol
Dendam kena denda
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan portal Kompas, wanita berusia 35 tahun itu maut selepas ditikam di kediamannya yang terletak di kawasan sekolah oleh pelajarnya yang baru berusia 13 tahun.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak.
Sementara itu, Ketua Polis Palangkaraya Kobes Pol iaitu Budi Santosa berkata, suspek difahamkan berbuat demikian kerana dendamnya terhadap mangsa yang pernah menghukumnya.
Difahamkan, suspek sebelum ini beberapa kali melanggar peraturan sekolah sehinggakan didenda dengan cara berjemur di tengah panas.
Ketika disoal siasat, suspek mendakwa melakukan pembunuhan itu selepas terdengar bisikan di telingan tanpa menyedari telah membunuh mangsa.
Kini, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan dan memeriksa keadaan mental suspek sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal.