Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDerita Adik Nur Iman Perlu Perhatian Segera

    Derita Adik Nur Iman Perlu Perhatian Segera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) dijalankan oleh Yayasan Ikhlas telah berlangsung lebih dari dua tahun yang lalu dan kini diteruskan termasuk memberikan bantuan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang tinggal di Terengganu.

    Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang telah berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

    Benigh Epignathus Teratoma

    Bagaimanapun, kes Nur Iman lebih serius dengan ketumbuhan besar pada mulutnya yang menutupi seluruh hidung dan mulut, dipanggil Benigh Epignathus Teratoma, yang menyukarkan proses makan dan bernafas.

    Sejak lahir hingga sekarang, Nur Iman (setahun 10 bulan) telah menjalani empat kali pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang dan lidah.

    Rawatan khusus masih diperlukan untuk Nur Iman dengan anggaran kos sebanyak RM400,000 untuk menjalani empat siri pembedahan lagi dan bantuan lain sehingga Nur Iman mencapai usia 12 tahun.

    ‘Pelbagai pembedahan perlu dilakukan’ – Prof Shaifulizan

    Menurut doktor yang merawatnya, Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, pelbagai pembedahan perlu dilakukan pada Nur Iman.

    “Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.

    “Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.

    “Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof Shaifulizan

    Prof Shaifulizan menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.

    “Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan paling sulung berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan .

    Yayasan Ikhlas Terus Komited

    Yayasan Ikhlas menyerahkan sumbangan kutipan dari orang ramai

    Sementara itu, Yayasan Ikhlas melalui Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya komited untuk meringankan beban dan memberikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai langkah permulaan.

    ALSO READ:  Bintang K-Drama Lee Joon Gi Bakal Datang Ke Malaysia, September Ini!

    Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan bukan untung yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Yayasan Ikhlas telah menjalankan projek kebajikan di peringkat tempatan dan antarabangsa serta menggerakkan sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan adalah layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts