Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDestinasi ‘Rare’ Yang Wajib Anda Lawati Di Perak!

    Destinasi ‘Rare’ Yang Wajib Anda Lawati Di Perak!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersempena Kempen Tahun Melawat Perak 2024, bertemakan ‘Promising Perak’ yang direka untuk merancak dan menggiatkan semula sektor pelancongan Negeri Perak pasca COVID-19.

    Kempen Tahun Melawat Perak 2024 melambangkan kesungguhan Kerajaan Negeri Perak untuk mencapai sasaran 8.0 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa, dengan sasaran pendapatan RM10 bilion melalui resit pelancongan.

    Negeri Perak, khususnya di daerah Kuala Kangsar, Teluk Intan , dan Tanjung Malim mempunyai produk pelancongannya yang tersendiri serta mampu mencuri perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa.

    Menara Condong Teluk Intan

    Menjadi salah satu mercu tanda di Perak, Menara Condong Teluk Intan ini terkenal dengan kecondongan uniknya yang disebabkan tanah lembut serta berat tangki air.

    Pada mulanya, menara ini dibina sebagai menara air pada tahun 1885. Kini, ia berfungsi sebagai satu tarikan pelancong untuk melihat struktur unik serta sejarahnya yang menarik.

    Ladang MOCCIS

    Hanya sejauh 15 kilometer dari Menara Condong Teluk Intan, Ladang MOCCIS ( Malay officers Cooperative Credit & Investment Society) adalah salah satu tempat tarikan yang harus anda lawati ketika berada di Perak.

    Bermula dengan ladang kelapa sawit dan penternakan lembu di tanah yang berkeluasan 3,134 hektar. Ladang MOCCIS menceburi bidang perniagaan homestay pada 2014 dan diberi nama Dē Moccis Lake Resort Teluk Intan untuk memberi peluang kepada pengunjung menikmati percutian yang selesa di ladang yang mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan seperti mini zoo, aktiviti berkayak, berbasikal,  menunggang ATV dan banyak lagi.

    Kampung Warisan Budaya

    Jika anda berkunjung ke Kuala Kangsar, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kampung Warisan Budaya di Karai untuk menikmati pengalaman serta menyelami budaya warisan Melayu.

    ALSO READ:  Ummi Nazeera Rasa Dihargai Suami Perhati Penampilan Diri – ‘Tudung Ternaik Sikit, Dia Akan Kata Aurat’

    Selain itu, Kampung Warisan Budaya menempatkan 11 buah replika rumah-rumah tradisional Melayu yang terdapat  di semenanjung Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

    Kampung Warisan Budaya juga dilengkapi dengan ruang pameran terbuka dan tertutup untuk disewa dengan harga yang berpatutan bagi tujuan promosi produk-produk yang berkaitan dengan warisan dan budaya.

    Lokasi:  Lot 1380 B Karai, 33600 Kuala Kangsar, Perak.

    Victoria Bridge

    Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) ini telah dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan oleh Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900.

    Jambatan yang dibina di Seberan Karai ini dibina merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar.

    Walaupun jambatan itu kini dijadikan sebagai tarikan pelancong, penduduk sekitar masih menggunakan Jambatan Victoria menggunakan motorsikal dan berjalan kaki.

    Rumah Atap Kuning

    Umpama menikmati suasana klasik di kampung halaman, anda boleh berkunjung ke Rumah Atap Kuning di Bukit Lada Sayong yang menyediakan masakan kampung yang dihidangkan dalam talam yang dapat membangkitkan suasana nostalgia.

    Rumah Atap Kuning ini mampu memuatkan sehingga 30 orang atau enam hingga tujuh kumpulan termasuklah ruang makan di wakaf luar rumah.

    Walaubagaimanapun, anda harus melakukan tempahan terlebih dahulu kerana Rumah Atap Kuning ini tidak menyediakan walk-in untuk keselesaan tetamu menjamu selera.

    Sarang Art Hub

    Terletak di Tanjung Malim, Pusat Seni atau Sarang Art Hub ini diusahakan oleh pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid.

    Mendapat kerjasama dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, rumah rehat ini terus berubah namun ciri binaan lama serta struktur bangunan masih dikekalkan.

    Selain berfungsi sebagai hub seni, Sarang Art Hub ini mendapat sentuhan Allahyarham dengan hiasan yang menarik serta mempunyai galeri seni, kafe, dan bengkel seni.

    ALSO READ:  Netizen Banjiri Siti Nurhaliza Dengan Komen Lucu: 'Atome Boleh Tak?' - Kereta Mercedes A45 Turut Dijual

    Lokasi: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak

    Jangan lepaskan peluang untuk melawati pelbagai tempat menarik di Perak. Moh Le Kite!.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts