Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Perssik mendedahkan satu pengalaman ngerinya, apabila menerima banyak surat daripada lelaki tidak dikenali terutamanya mereka yang berstatus duda.
Dalam surat yang diterima itu, kebanyakan mereka mahu mengajaknya berkahwin. Perkara ini diceritakan olehnya ketika bersiaran secara langsung di media sosial.
“Adakah kamu percaya? Di rumah saya, setiap hari saya dapat surat daripada lelaki, kebanyakan duda, meminta untuk meminang Dewi Perssik”- kongsinya.
View this post on Instagram
Di antara surat-surat yang diterimanya itu, Dewi Perssik mendedahkan salah seorang pengirim yang kerap menghantarnya ialah seorang penjawat awam.
“Paling kerap mengirim ialah individu penjawat awam. Ada pengawal polis di rumah saya, memberitahu setiap hari ada orang menghantar surat kepada saya.”
View this post on Instagram
Selain itu, Dewi Perssik juga mengakui dia berasa trauma selepas mengalami kejadian ngeri berkaitan dengan ajakan kahwin daripada lelaki tidak dikenalinya. Ketika itu, seorang lelaki telah datang ke pagar rumahnya, mempamerkan alat sulitnya sebelum melanc*p dan menjerit namanya.
“Ada yang lebih gila. Sebelum saya pergi umrah, saya alami kejadian ngeri ini. Rumah saya berpagar, lelaki itu berdiri di hadapannya dan memasukkan alat sulit ke pagar sambil menjerit nama ‘Dewi Perssik’”.
View this post on Instagram
Melihatkan kejadian ngeri itu, dia terus melaporkan kepada pihak polis dan lelaki tersebut ditahan. Dewi Perssik juga akui dia masih mempunyai bukti video CCTV yang merakam perbuatan lelaki itu.
Menakutkan ye!