Pendakwah terkenal, Amin Idris meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat sebuah naskhah tempatan yang mengangkat tema buli.
Drama buli
Menerusi hantaran di Instagram, Amin, 43, berkata, tindakan menayang naskhah berkenaan seperti bertentangan dengan usaha yang dilakukan segelintir pihak yang membendung isu buli.
Di kala kita membenci kes-kes buli, tiba-tiba kita dihidangkan dengan drama kisah ketua buli. Ibarat satu tangan membina, satu tangan lagi menghancurkan.
Dalam hantaran sama, Amin beranggap, perkara tersebut dilakukan demi mengejar populariti dan wang semata-mata.
Tidak apa, demi duit dan populariti. Lagi pun, apa nak buat dah majoriti penonton suka.
Walau bagaiamanapun, Amin tidak mendedahkan secara terperinci naskhah manakah yang dimaksudkan berhubung kenyataanya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong pendapat yang dikemukan Amin.