Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Dia Ada Suami, Sebagai Bapa Saya Tidak Boleh Ikut Campur Dengan Tanggungjawab...

    ‘Dia Ada Suami, Sebagai Bapa Saya Tidak Boleh Ikut Campur Dengan Tanggungjawab Suami Dia’ – Iwan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, nama pelakon Aprena Manrose mencuri perhatian netizen apabila dia tidak mengenakan hijab ketika bermain badminton bersama ahli keluarganya.

    Berikutan daripada itu, bapanya iaitu penyanyi Iwan Syahman berkata, dia tidak boleh masuk campur mengenai urusan tersebut kerana itu merupakan tanggungjawab suami anaknya.

    Dia ada suami

    Memetik laporan Harian Metro, Iwan memberitahu dia sudah memberi nasihat dan mengingatkan Aprena selepas mengetahui berita tersebut.

    Dia ada suami. Sebagai bapa, saya tidak boleh ikut campur dengan (tanggungjawab) suami dia. Setiap kali mereka (anak-anak) datang ke rumah saya di Kuala Selangor, memang saya akan beri teguran. Saya akan cakap kamu adalah orang begitu dan begini. Tidak patut buat macam ini, tapi terserahlah kepada kamu.

    Saya hanya datang kepada mereka (anak-anak) untuk memperingati saja. Rasulullah SAW datang ke dunia ini pun untuk memperingati saja dan yang memberi hidayah tetap Allah SWT. Tidak boleh dipaksa juga.

    Tapi, kita syukur dan kita doa. Setiap hari kita berdoa supaya anak-anak Alhamdulillah akan diberi kehidupan baik. Macam dia (Aprena) yang sekejap buka dan pakai tudung, itu biasa sebab ‘iman’ yang ada dalam dirinya masih tidak diusahakan betul-betul.

    Tambah Iwan lagi, sekiranya Aprena berusaha atas iman dengan betul tidak mungkin dia akan bertindak begitu sebagaimana dipaparkan ketika bermain badminton baru-baru ini.

    Oleh kerana dia masih ada suami, saya biarlah. Kecuali kalau dia sudah bercerai apa semua, tarik dan tahulah saya macam mana nak buat. Cuma, saya tetap juga yang memberikan peringatan saja. Apabila benda-benda anak berubah ini, yang dapat maklumat dulu adalah saya.

    Orang akan tanya saya dulu dan memang saya biasanya mesti tahu. Tapi, tak ada masalah dan saya hanya memberi peringatan saja, tidak lebih dari itu. Cuma, saya pun tidak hubungi dia selepas foto itu (tidak bertudung) tersebar. Sebab, suami dia ada dan suamilah. Kenapa saya nak kena ikut campur sangat. Tapi, bila dia datang ke rumah nanti, memang saya beri nasihat.

    ALSO READ:  Dua Pelaku Sempat Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid Pada Faisal Halim

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts