Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Dia & Anak-Anak Okay….”-Rakan Karib Irma Hasmie Perjelas Status Sebenar

    “Dia & Anak-Anak Okay….”-Rakan Karib Irma Hasmie Perjelas Status Sebenar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Status pelakon, Irma Hasmie menjadi tanda tanya peminat selepas suaminya, Redza Shah Azmeer memuatnaik foto perkahwinan bersama seorang wanita di media sosial, baru-baru ini.

    Sah Bercerai Enam Bulan Lalu

    Tidak berdiam diri, rakan karib kepada Irma iaitu Reen Emran tampil memberikan kenyataan bahawa Irma telah bercerai dengan Redza sejak enam bulan yang lalu.

    “Assalamualaikum. Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

    Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas..”-tulis Reen di Insta Stories

    “Alhamdulillah Dia Dan Anak-Anak Okay…”

    Tambahnya lagi, Reen turut memohon kepada semua pihak untuk memberikan ruang kepada Irma dan anak-anaknya yang kini berada dalam keadaan baik.

    “Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya. Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja.

    Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah. InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terima kasih semua.”-kongsi sahabat karib Irma Hasmie

    Sekadar info, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.

    Kita doakan yang baik-baik sahaja, dan semoga Irma Hasmie memperoleh Haji yang mabrur kelak. Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts