Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha...

    ‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha Senrose Urus Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Kamal Adli berkongsi perkembangan cahaya mata sulungnya, Hawra Uqaira bersama aktres Uqasha Senrose yang selamat melahirkan dua bulan lalu.

    Artikel berkaitan: Uqasha Senrose Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘ I Love You So Much, Uqaira’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Hidup Dalam Ketakutan, Susah Nak Percaya Orang Luar – ‘Tiga Bulan Trauma Tak Keluar Rumah’

    Bangga dengan Uqasha

    Menurut Kamal, cabaran sebagai seorang bapa adalah untuk berjaga di waktu malam.

    Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.

    Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga. Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur.

    Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar.

    Dalam pada itu, Kamal turut menyatakan rasa bangga terhadap isterinya yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka.

    Uqasha Alhamdulillah okay baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby tu.

    Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.

    Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung.

    Disoal sama ada pembantu untuk menjaga bayi mereka, Kamal memberitahu dia mahu fokus menjaga Hawra sendiri tanpa bantuan orang luar.

    Ada ambil bantuan confinement lady tapi untuk uruskan pantang sahaja dan cuma ada mak mentua sebab kami nak fokus jaga baby betul-betul.

    Kamal berkata demikian semasa ditemui di sidang media Majlis Pelancaran Viu Original Nafsu yang diadakan di The Exchange TRX, semalam.

    ALSO READ:  [VIDEO] kemarahan terhadap komen-komen tidak sopan dan prejudis yang diterima secara dalam talian

    Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts