Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu keturunan nabi yang menjadi bahan bualan netizen di media sosial.
Kenapa perlu kait sampai keturunan?
Menurut PU Syed, dia berasa sangat hairan mengapa masyarakat zaman sekarang suka kait keturunan apabila terjadinya sesuatu isu.
Dalam isu penyanyi ini, beliau dipenjara asbab perbuatan yang disabitkan dan yang dia telah dilakukan. Maka dia telah mula menerima hukumannya. Lalu apa sebab kita nak perlekeh keturunanya pula?
Jika anak yang buat salah, adakah bapa dan datuknya juga perlu disalahkan setelah segala tunjuk ajar telah diberikan? Kita semua kena ambil ibrah dari kes ini agar kita mampu menjaga diri dan juga orang-orang yang kita sayang dari melakukan hal yang sama.
Tambah PU Syed, Islam mengajar manusia mengeji dan membenci perbuatan dosa dan maksiat bukan membenci batang tubuh apatah lagi keturunan si pelaku maksiat.
Beliau bukan pendakwah walaupun lahir dari program dakwah. Beliau lebih aktif dalam bidang nyayian. Maka layak dia digelar penyanyi. Kefasihan berbahasa dan menyanyi lirik arab pasar “ammiyah” bukan lesen untuk dianggap ustaz.
Maka buanglah title pendakwah darinya. Dalam mana-mana kenyataan kita. Lagi satu Allah tak pandang title kita apa, namun yang dipandang adalah taqwa dan amalan kita.
Selari dengan perintah Allah dan laranganNya atau sebaliknya.
Meskipun hantaran yang dimuat naik PU Syed tidak menyebut nama mana-mana individu namun, difahamkan ia ditujukan kepada Da’i Syed.