Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Dia Luar Biasa” – John Cena Kenang Pertemuan Bersama Shah Rukh Khan...

    “Dia Luar Biasa” – John Cena Kenang Pertemuan Bersama Shah Rukh Khan Di Perkahwinan Anant Ambani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum bahawa John Cena merupakan salah seorang selebriti Hollywood yang turut hadir pada majlis perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant Julai lalu.

    Ternyata pertemuan mereka memberikan kesan mendalam kepada Cena yang mengakui sudah lama meminati pelakon Bollywood itu.

    Menjadi Sebutan Seantero Dunia

    Semua pasti akur dengan reputasi dan karya Shah Rukh Khan (SRK) yang telah menjadi sebutan seantero dunia dan telah memberi inspirasi kepada John Cena.

    Baru-baru ini, John Cena turut melahirkan rasa kagum terhadap SRK selepas pertemuan mereka di majlis perkahwinan Anant Ambani.

    Menurut Intepseleb, Cena memberitahu bagaimana SRK memberi inspirasi kepada hidupnya.

    Dia juga mengakui sangat kagum dan terharu apabila bertemu dengannya secara peribadi.

    Meninggalkan Kesan Mendalam

    via X of John Cena

    Pertemuan terbaru dengan SRK jelas meninggalkan kesan mendalam kepada Cena.

    Dia mengimbau kembali rasa terharunya kerana dapat bertemu dengan SRK yang mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

    Dia hebat. Dia sangat empati, baik, dan terbuka. Ia benar-benar menakjubkan. Saya sangat kagum!

    Ini bukan kali pertama Cena menyatakan rasa kagumnya terhadap SRK. Pada Februari 2024, dia memuat naik video dia menyanyikan lagu Bholi Si Surat daripada filem Dil Toh Pagal Hai, lakonan Shah Rukh Khan.

    Video tersebut menarik perhatian dan mendapat respon daripada SRK sendiri.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts