Sebelum ini gempar dunia hiburan apabila bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu lepas.
Ditemui Meninggal Dunia
Liam yang berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga hotel tersebut.
Pihak polis memaklumkan, ketika panggilan diterima, laporan menyebut tentang “seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol”.
Diatas kejadian tersebut, anngota band One Direction berkongsi perasaan mereka dengan menyatakan kejutan mereka dan turut berasa sedih dengan berita kematian rakan mereka.
Setiap dari ahli kumpulan tersebut menzahirkan menerusi Instagram mereka masing dan kenyataan juga telah dikeluarkan oleh Instagram One Direction sendiri mengenai kesedihan mereka.
Antara yang menjadi perhatian apabila hantaran di Instagram milik Niall Horan.
Anggota One Direction Terakhir Berjumpa Liam Payne
Niall merupakan individu yang terakhir daripada empat bekas ahli One Direction yang mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya itu.
Saya gembira kerana saya mempunyai peluang untuk melihat anda baru-baru ini.
Malangnya, saya tidak tahu, selepas kami berpelukan dan berpelukan malam itu adalah perpisahan terakhir kami.
Ia menghancurkan hati saya.
Payne, terima kasih untuk segala-galanya.
Bro, saya sayang awak.
Mereka yang baru sahaja bertemu satu sama lain apabila Liam telah ke Buenos Aires untuk menyaksikan konsert Niall.
Apa yang menjadi perhatian apabila ada segelintir daripada netizen yang memberikan komen yang tidak senang.
Disebabkan konsert kamu di Argentina.
Sebab itu Liam Payne kesana.
Dia meninggal kerana kamu.
Malah ada yang mengatakan bahawa sekiranya Liam tidak pergi ke Buenos Aires dan menghadiri konsert Niall, sudah pasti perkara ini tidak terjadi.