Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Dia Sayang Awak Sebab Itu Tinggalkan Kami Anak-Beranak” – Bella Jawab Soalan...

    “Dia Sayang Awak Sebab Itu Tinggalkan Kami Anak-Beranak” – Bella Jawab Soalan Ruhainies Kepada Aliff Aziz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Dia sayang awak sebab itu tinggalkan kami anak-beranak.”

    Itu respons pelakon Bella Astillah apabila wanita dikenali NRF yang dipercayai Ruhainies menyuarakan kerisauan apabila penyanyi Aliff Aziz menyatakan masih menyayanginya ketika hadir ke perbicaraan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

    Kata Bella, kasih sayang yang dicurahkan Aliff kepada Ruhainies melebihi rasa cinta terhadap keluarga sehingga sanggup meninggalkan dia dan dua anak mereka.

    Selain tidak perlu risau, Bella turut berkata bahawa Ruhainies boleh memiliki Aliff selepas ini.

    “Jangan risau dia sayang awak.

    “Tak perlu hentikan masa. Awak boleh memilikinya Ruhainies,” katanya dalam InstaStory.

    Dalam perkongsian lain, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu turut menafikan tuduhan Ruhainies yang menuduhnya ‘sailang’ beberapa jenama yang bekerjasama dengannya sebelum ini.

    “Fitnah! Bila masa pula team saya nak pergi e-mel jenama? Astaghfirullahalazim.

    “Nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?” selarnya.

    Pendedahan semalam tidak hanya melibatkan Bella dan Ruhainies. Sarah, wanita yang mendakwa sebagai kekasih gelap Aliff, turut mengundang kontroversi dengan memuat naik perbualan WhatsApp antara dua pelakon tersebut dalam InstaStorynya.

    Perbualan itu mendedahkan pelbagai dakwaan dan kenyataan yang mencurigakan, termasuk komplot untuk menjatuhkan Bella, isu mahkamah perceraian, dan tangkapan khalwat yang melibatkan mereka.

    Satu aspek yang mencuri perhatian adalah penemuan nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong, dalam perbualan tersebut, memberikan dimensi yang lebih kompleks kepada kontroversi ini.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts