Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkongsi khabar duka apabila bapanya, Dato Bazir Ahmad B. Nazir Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.40 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan arwah bapanya itu merupakan seorang individu yang tidak pernah berputus asa dalam berjuang melawan penyakitnya itu.
“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan tenang pada jam 1.40 pagi. Dia tidak pernah berputus asa dalam berjuang, tapi jantungnya terhenti. Dia selamanya menjadi hero dan juara saya.
Saya sayangkan anda, papa. Al-Fatihah Papa. Terima kasih menjadi bapa yang hebat untuk kami semua.”-kongsi Sharnaaz di Instagram
View this post on Instagram
Dikebumikan Selepas Solat Asar
Tambahnya lagi, Sharnaaz turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, Pulau Pinang selepas Solat Jenazah dan Asar.
“Solat jenazah di Masjis Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar, dan akan dikebumikan di Kebun Lama (belakang sekolah Munshi).”-tulis Sharnaaz lagi
View this post on Instagram
Netizen & Rakan Selebriti Titip Doa
Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti menitipkan ucapan takziah serta doa buat Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah. Al fatihah! Be strong babe!.”-Michael Ang
“Innalillahiwainnailaihirajiun.. 🤲🏻 Allahumarghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fu ‘Anhu. Salam takziah kepada Mamu @sharnaazahmad sekeluarga.”-Lisa Surihani
“Salam Takziah buat Seluruh Keluarga @sharnaazahmad atas pemergian Papa Mamu. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat & Ditempatkan Bersama Orang Orang yang Beriman Kepada Allah SWT. Al-Fatihah 🤲🏻.”-Zalif Sidek
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham…