Bapa kepada Nuraisyatul Humairah iaitu Mohd Radzi Hashim, 48, menyifatkan Allahyarham seorang anak yang baik dan tidak menyusahkan kedua orang tua.
Anak yang baik
Sedih dengan ujian yang menimpa, Mohd Radzi bagaimanapun reda dengan takdir yang sudah ditetapkan Ilahi.
Sudah takdir tertulis, Allah pinjamkan dia untuk saya selama 20 tahun sahaja. Dia seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan ibu bapa.
Sedih dan menangis itu sudah pasti, tetapi saya reda dengan ujian ini. Dia pergi (meninggal) dalam keadaan jasadnya elok.
Dalam pada itu, Mohd Radzi memberitahu, arwah ada mengirimkan sejumlah wang kepadanya seminggu sebelum menemui ajal.
Seminggu sebelum dia mahu pergi, dia ada transfer RM100 kepada saya. Dia hantar resit kepada saya.
Saya menangis sebab terharu dan beritahu isteri, ‘anak aku bagi aku duit’. Saya tanya kenapa bagi duit, sedangkan dia masih belajar di universiti dan memerlukan wang.
Dia jawab, ‘tak apa ayah, itu rezeki ayah. Adik (arwah) ada rezeki lebih’. Saya cakap dengan dia, saya bangga ada anak sepertinya.
Dia seorang yang berdikari dan boleh hidup sendiri, tak pernah menyusahkan ibu bapa. Kalau nak duit pun dia hanya minta RM 10 sahaja.
Terdahulu, Nuraisyatul Humairah maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya iaitu penyanyi Reedzwann terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pagi Sabtu.