Penyanyi, Aisha Retno akui menyedari akan teguran dan kritikan netizen mengenai dialek Kelantan menerusi lagu terbaharunya, Samudera.
‘Saya sebenarnya ada darah Kelantan’
Ketika ditemui , Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam berkata dia menerima segala teguran kerana ianya secara tidak langsung membantu untuk memperbaiki dirinya.
Tambah Aisha lagi, lagu Samudera ini adalah salah satu usahanya untuk mencabar diri menghasilkan karya yang mengetengahkan budaya Negeri Kelantan.
Ramai ingat saya orang Jawa, saya sebenarnya ada darah Kelantan dari sebelah bapa saya.
Saya ambil masa dua bulan untuk belajar dialek Kelantan. Sebenarnya bahasa tu adalah bahasa harian saya dengan ayah, tapi baru sekarang saya sedar bahasa Kelantan boleh digunakan untuk seni,
Sementara itu, pelantun lagu Sutera ini berkata selain dikritik mengenai dialek, dia juga menyedari akan teguran netizen berhubung gabungan tarian moden dan pakaian tradisional Kelantan yang dipersembahkan menerusi muzik video Samudera.
Saya akur mengenai itu, ramai juga yang menyentuh bab pemakaian saya dalam muzik video tu.
Tak dinafikan, isu pakaian tradisional memang tinggi sensitivinya sebab itu, kami rujuk kepada pihak yanga arif.
Kalau kita tahu busana Cik Siti Wan Kembang berkemban dan sebagainya, jadi kami mengambil inisiatif untuk menutup bahagian terdedah dengan kain.
Aisha berkata demikian ketika majlis pelancaran lagu Samudera yang berlangsung di The Starhill, pada Selasa.
Aisha juga berpendapat bahawa tidak salah jika mempersembahkan tarian moden sambil menggayakan persalinan tradisional.
Walau bagaimanapun, Aisha memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan muzik video Samudera.