Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiana Danielle Kesal Dengan Budaya Pujian Sindiran-“Mengapa Perlu Sebut Tua Jika Hendak...

    Diana Danielle Kesal Dengan Budaya Pujian Sindiran-“Mengapa Perlu Sebut Tua Jika Hendak Puji Cantik?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon terkenal, Diana Danielle, baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya terhadap budaya pujian yang disertai dengan sindiran, yang kini semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

    Dalam satu siaran langsung di TikTok, Diana, 32, membangkitkan persoalan mengenai amalan pujian yang disertai dengan ungkapan negatif seperti “dah tua pun cantik.”

    Diana mempersoalkan mengapa pujian yang seharusnya menggembirakan, disertai dengan sindiran yang memperkecilkan.

    “Apabila orang cakap, dah tua pun cantik. Mengapa perlu cakap tua, kalau sudah hendak puji cantik, hanya perlu cakap cantik,” katanya dengan tegas.

    Menurut Diana, budaya sebegini seolah-olah sudah menjadi norma dalam masyarakat, di mana pujian diberikan tetapi disertai dengan unsur sindiran. Diana menganggap bahawa ungkapan seperti “sudah jadi emak pun masih cantik”, seakan-akan menyiratkan bahawa seorang ibu tidak boleh kelihatan menarik atau menawan.

    “Adakah kalau jadi emak perlu kelihatan seperti puntianak atau lesu sepanjang masa?” soal Diana dengan nada sinis.

    Bagi Diana, pujian sebegini hanya akan memperkukuhkan stereotaip dan meletakkan tekanan yang tidak perlu terhadap wanita.

    “Saya sebenarnya tidak faham dengan budaya sebegitu, beri pujian tetapi dalam masa sama mengutuk juga,” tambahnya lagi.

    Walaupun nada keluhannya mungkin dilihat lantang, Diana menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa. Sebaliknya, dia hanya ingin menyoroti amalan yang semakin membudaya ini, yang pada pendapatnya perlu dihentikan.

    “Saya tidak menyalahkan sesiapa, saya hanya cakap perkara itu sudah dianggap budaya. Tetapi jika anda ingin menyalahkan sesiapa itu terpulang,” jelasnya.

    Diana memberi reaksi tersebut ketika menjawab pertanyaan daripada seorang pengguna media sosial mengenai golongan yang perlu dipertanggungjawabkan atas amalan ‘pujian sarkastik’ yang semakin menular. Baginya, isu ini bukan soal individu, tetapi lebih kepada sikap dan mentaliti masyarakat yang perlu diperbetulkan.

    ALSO READ:  HUAWEI Memperkenalkan Dua Produk Bhttps://murai.my/wp-admin/edit.phparu di Malaysia: HUAWEI Watch Fit 3 dan HUAWEI MateBook X Pro (2024)

    Pandangan Diana mengenai budaya pujian sindiran ini mendapat sokongan daripada netizen. Ramai yang berpendapat bahawa masyarakat sering meletakkan standard yang tidak wajar terhadap penampilan seseorang. Salah satu komen berbunyi,

    “Betul itu. Kalau nak puji cakap betul-betul, jangan nak menyakitkan hati pula. Ini tidak suka cakap gemuk pun cantik, tua pun cantik, hitam pun cantik.”

    Beberapa pengguna media sosial juga berkongsi pengalaman mereka, di mana pujian diberikan secara sarkastik hanya kerana mereka tidak memenuhi standard kecantikan yang ditetapkan oleh masyarakat.

    “Masyarakat suka meletakkan standard terhadap seseorang seperti kalau bertubuh gempal tidak pandai bergaya. Kalau tinggi lampai pasti cantik seperti model,” ujar seorang pengguna lagi.

    Diana Danielle, yang dikenali sebagai pelakon berbakat dan ibu kepada dua cahaya mata, kini berharap agar mentaliti sebegini dapat diubah. Bagi Diana, pujian sepatutnya diberikan dengan ikhlas tanpa disertai dengan sindiran atau elemen merendahkan orang lain.

    “Kalau nak puji, cakap dengan ikhlas. Jangan buat orang terasa atau kecil hati dengan pujian yang berselindung di sebalik sindiran,”pesan Diana.

    Netizen juga sependapat dengan pelakon filem Gol & Gincu 2 itu, dengan ramai yang berharap agar budaya pujian sarkastik ini dihentikan dan digantikan dengan amalan pujian yang tulus dan ikhlas.

    Mentaliti masyarakat terhadap kecantikan dan peranan wanita, terutamanya ibu, perlu diperbetulkan agar tiada lagi tekanan atau kritikan tidak wajar diberikan hanya kerana mereka tidak menepati piawaian kecantikan yang ketinggalan zaman.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts