Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiana Danielle Puas Hati ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah Kena...

    Diana Danielle Puas Hati ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah Kena Tahan Polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah, sudah ditahan polis pada pagi Jumaat.

    Berikutan berita penangkapan pemandu bas tersebut, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa puas hati dengan tindakan pihak polis berhubung isu ini.

    Keluarga pun tak boleh dipercayai

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Diana berkata, dia berasa berang sebaik sahaja mendengar alasan yang diberikan pemuda berkenaan.

    Ibu kepada dua orang cahaya mata ini, turut menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran tetap merupakan satu kesalahan.

    Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu. Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!

    Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja.

    Di samping itu, Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk merakam wajah anak mereka.

    Walau bagaimanapun, isteri kepada aktor Farid Kamil ini tetap bersyukur kerana wujud undang-undang yang ketat melindungi hak kanak-kanak di negara ini.

    Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja. Malanganya kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud.

    Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Dah Ada Dua Isteri, Suami Ezlynn Nak Kahwin Lagi – ‘Saya Izinkan, Dia Nak Orang Indonesia Pula’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts