Duit raya merupakan satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di negara ini ketika menyambut aidilfitri.
Namun, terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan jumlah wang yang diberi.
Satu bentuk sedekah
Isu tersebut turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Diana Danielle yang tampil memberi pandangan menerusi platfrom X.
Menurut Diana, duit raya yang diberikan adalah satu bentuk sedekah dan bukanlah kewajipan.
Sekarang ini orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ianya sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu.
Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun tersebut menyelar tindakan segelintir individu yang disifatkan tidak bersyukur ketika menerima duit raya.
Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled dan menghakimi sangat dah kenapa?
Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa kau ingat nafkah ke?
Pelakon filem Imaginur itu berkata dia malah teruja menerima duit raya daripada bapa saudaranya dan tidak pula memandang kepada nilai tetapi keikhlasan.
Relaks la, saya pun dapat RM10 dari pakcik saya, wah rasa berbunganya lama tak dapat duit raya.
Enjoy faham, enjoy? Ni kerja tak puas hati je memanjang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Diana kerana ada di antara mereka juga turut berdepan dengan situasi yang sama.
Dalam pada itu, warganet berharap agar ibu bapa di luar sana menekankan nilai syukur dan adab kepada anak-anak mereka.