Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiana, Farid Perlu Hadir Ke Mahkamah Pada 20 November Bagi Sebutan Permohonan...

    Diana, Farid Perlu Hadir Ke Mahkamah Pada 20 November Bagi Sebutan Permohonan Rujuk & Cerai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Peguam mewakili pelakon Diana Danielle, Datuk Akberdin Abd Kadir memberitahu mahkamah telah menetapkan 20 November ini bagi sebutan pertama permohonan rujuk dan cerai yang didaftarkan aktres tersebut pada Isnin.

    Penjelasan peguam

    Akberdin berkata, Diana dan suami, aktor Farid Kamil perlu hadir pada sebutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.

    Jelasnya, mahkamah perlu mengeluarkan sijil pengesahan rujuk terlebih dahulu sebelum permohonan cerai diteruskan.

    Sebentar tadi sudah failkan dua permohonan, satu untuk rujuk bagi kes cerai yang berlaku 10 Ogos tahun lalu dan diikuti dengan permohonan cerai. Anak guam saya baru nak daftar permohonan rujuk.

    Selepas daftar rujuk mahkamah akan keluarkan sijil rujuk sebagai bukti mereka sudah kembali bersama sebagai suami isteri.

    Jadi untuk sebutan seterusnya bagi kedua-dua permohanan akan dibicarakan pada 20 November ini.

    Kedua-dua permohonan ini akan diserahkan kepada defendan (Farid Kamil) dan kedua-dua belah pihak juga perlu hadir.

    Akberdin berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Isnin.

    Dalam pada itu, Akberdin berkata, Diana nekad memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan dalam rumah tangga.

    Arahan Diana kepada saya adalah kerana dia dan Farid sudah tidak boleh hidup bersama, tiada persefahaman.

    Berlaku juga shiqaq (berbalahan berpanjangan) yang sudah tidak boleh diperbaiki. Atas alasan itu, Diana failkan cerai terhadap Farid Kamil.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas pelakon filem Imaginur itu, dia enggan lagi dipujuk dan nekad meneruskan perceraian selain tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    ALSO READ:  [VIDEO] 10 Tahun Tak Berlakon, Zahida Rafik Idam Watak Yang Mencabar & Lasak Untuk Buat ‘Come Back’

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts