Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar meluahkan rasa syukur apabila mengIslamkan seorang wanita, baru-baru ini.
Peluk Islam
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Diana dilihat mengajar wanita berkenaan mengucap dua kalimah syahadah sambil jari telunjuk ditunjuk ke atas.
Wanita yang mengenakan selendang putih itu mengikut setiap kalimat diucapkan aktres tersebut sehingga selesai.
Diana menerusi kapsyen yang ditulis mengucapkan rasa syukur dengan kehadiran seorang lagi saudara Islam.
Alhamdulillah, keluarga baru kita (umat Islam). Terima kasih wahai Rabb ku memberi peluang dengan rezeki ini.
Mereka berdua kemudian berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda syukur dan gembira.
Isteri kepada Zamarul Hisham itu juga dilihat mengalirkan air mata usai sesi tersebut. Malah, Diana turut memberikan nasihat dan pesanan kepada wanita berkenaan.