Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDiberhentikan Kerja Dan Perjanjian Berat Sebelah, PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan...

    Diberhentikan Kerja Dan Perjanjian Berat Sebelah, PA Mizz Nina Bakal Ambil Tindakan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satu kenyataan kekesalan yang telah dikeluarkan oleh bekas pembantu peribadi (PA) kepada penyanyi Mizz Nina iaitu Nur Haniza Mohd Azhar telah menjadi perhatian warga net.

    Diberhentikan Selepas 11 Tahun Berkhidmat

    Haniza merasa kesal kerana dia diberhentikan sebagai pembantu peribadi selepas 11 tahun berkhidmat dengan penyanyi itu.

    Menurut Mstar, sepanjang menjadi PA Mizz Nina, Haniza dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan tetapi dia tidak pernah diberikan kontrak kerja bertulis, kenaikan gaji, bonus atau elaun termasuk caruman Perkeso tidak pernah dibuat.

    Surat pemberhentian kerja juga telah dikeluarkan pada 6 Mac lalu.

    Dalam surat itu Mizz Nina bersedia memberikan sejumlah wang pampasan, pindah milik nama bagi kereta jenis Suzuki Swift dan bayaran pampasan akan dibuat pada 30 April lalu.

    Bakal Mengambil Tindakan

    via Harian Metro

    Di atas kejadian tersebut, Haniza Mohd Azhar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi itu selepas mendakwa diberhentikan kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh.

    Peguam yang mewakili Haniza iaitu Mohamad Nasruddin Ab Rahman berkata, sehingga kini anak guamnya masih belum menerima sebarang pampasan seperti yang dijanjikan dalam surat pemberhentian iaitu pada hari terakhir bekerja, 30 April 2024 yang lepas.

    Apabila pihak Nina menyerahkan surat penamatan pekerjaan, mereka berjanji membayar pampasan sebelum 30 April.

    Tapi selepas 30 April pun anak guam saya masih belum menerima apa-apa bayaran

    Tidak Pernah Diberikan Kontrak Bertulis

    via Sayolemon

    Meskipun Haniza tidak pernah diberikan kontrak kerja secara bertulis, Nasruddin berkata tindakan undang-undang masih boleh dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan sebagai majikan dan pekerja.

    Sementara itu, Nasruddin memaklumkan sebelum ini Haniza dan Mizz Nina pernah mengadakan perbincangan, namun syarat yang diberikan tidak dipersetujui anak guamnya kerana disifatkan sebagai berat sebelah.

    ALSO READ:  [UNBOXING] Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

    Nasruddin juga memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat laporan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP).

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts